Tuesday, January 13, 2009

In My Place ( D.I.Y )


Berkonsepkan 'urban mix'<--- macam best jer bunyi hahaha..aku sendiri pun tak tau konsep yang aku namakan ni ..tapi ianya terhasil dari gabungan idea mantap serta kreativitiku bersama isteri (Nuur Jannah).. maka terhasil lah konsep ni (seperti paparan gambar )..


Kami memilih warna hijau 'sugar cane'-majestic, dari JOTUN sebagai warna untuk feature wall. Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan, ianya membantu mengekalkan rasa tenteram serta kehangatan semulajadi. Selain itu, dalam surah Al-Insan di dalam al-Quran, "pengikut-pengikut Allah di Jannah(syurga) dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali"....selaras dengan tema rumahku syurga ku hehehe..

Walaupun kediaman kami hanyalah bersifat "sewa dari kerajaan" atau dengan kata lain ianya adalah "kuarters kerajaan" namun rasa nya tidak lah menjadi kesalahan untuk kami menghias serta menjaga rumah flat ini dengan baik asalkan tidak mengRENOVATEnya menjadi rumah teres ok kot...lagipun nanti kami dah beli umah dan sedia untuk pindah kami cat la semula kaler asalnya hehe..terima kasih KERAJAAN hehe..


Untuk menDEKOnya kami tidaklah memilih barangan serta aksesori yang mahal-mahal,semuanya kira ekonomik dan berbaloi la...






Ini pula (gambar diatas) adalah bilik tetamu@bilik tidur ke-2, kami telah meletakkan sentuhan yang ringkas tetapi boleh memberi impak yang besar serta menarik. Dari segi pemilihan warna, kami memilih cat juga daripada jotun majestic (bukan nak promote ee) ..kami meletakkan wall aksesori yang kontra bagi menyerlahkan lagi kewujudannya serta memberi impak kepada kombinasi warna wall tersebut.








Bagi bilik baby boy kami (Eusoff)-gambar di atas, kami telah memilih warna merah -Red Emperor dari Jotun Majestic. Sajer je beli katil single besar sikit untuk jangka masa panjang, klu beli baby cot bleh la pakai setahun dua jer.



PHOTOS...





Sunday, January 11, 2009

Konsep Dekorasi Kediaman

Konsep merupakan satu perkara asas penting bagi mencorakkan ruangan dekorasi kediaman anda, konsep perlu wujud bagi megelakkan kecelaruan dalam dekorasi serta susun atur dalam kediaman anda. Jika sebelum ini kita tidak pernah di dedahkan kepada kepelbagaian dalam seni hiasan dalaman namun kewujudan konsep ini amatlah perlu. Pemilihan konsep yang tepat membantu anda mewujudkan suasana yang aman dan ceria dalam kediaman anda.




Terdapat pelbagai konsep yang telah diilhamkan oleh pereka-pereka hiasan dalaman antaranya ialah konsep inggeris, kontemporari, retro, moden, klasik, mewah, bali serta konsep yang telah evolusikan menjadi gabungan seperti moden-retro dan macam-macam lagi. Konsep biasanya berbeza mengikut negara, tempat, budaya dan adat serta agama.




Kreativiti juga penting bagi mencetuskan konsep, ianya dapat menciptakan kelainan serta variasi untuk diadaptasikan. Gabungan idea dan kreativiti anda perlu diimaginasikan terlebih dahulu bagi mendapatkan citarasa yang bertepatan dengan kehendak anda.






IDEA KONSEP




Konsep Inggeris












Konsep Moden











Konsep Bali









Konsep Retro

Inspirasi Warna 2009...




Kedatangan tahun 2009 diharapkan dapat memberikan lebih keceriaan, kemewahan dan kejayaan, setelah pelbagai peristiwa dunia sepanjang tahun 2008 yang kelam telah dilalui. Konsep warna juga turut memainkan peranan dalam menceritakan emosi,serta menginspirasikan persekitaran. Warna-warna cerah dan eksotik dijangka akan mendominasi trend warna 2009. Ini adalan kerana warna-warna cerah dapat menyuntik rasa keceriaan serta menimbulkan perasaan positif dalam pembentukan emosi.

Warna-warna seperti kuning cerah, hijau cerah, oren, serta ungu dijangkakan akan menjadi pilihan bagi tahun 2009. Menurut pakar kajian antarabangsa dari ICI paints, mereka menjangkakan tema ceria yang lebih kepada sentuhan semulajadi serta digabungkan dengan sentuhan moden dan artistik akan mewarnai kediaman untuk tahun 2009.

Tema EBB& FLOW dari ICI PAINTS






Tema ARTFORM dari ICI PAINTS






Tema GROWRESPECT dari ICI PAINTS






Tema HIDDEN BEAUTY dari ICI PAINTS






Tema EXPLORER dari ICI PAINTS







Jika dilihat pada sentuhan dari ICI Paints mereka lebih gemar memasukkan elemen emosi serta sentuhan semulajadi dalam hasil tema mereka. Warna kuning menjadi selitan bagi membangkitkan emosi dalam tema, inspirasi pembiasan cahaya dan air juga diadaptasikan dalam tema. Mereka juga memasukkan elemen retro, moden dan artistik bagi merangsangkan lagi kombinasi warna dalam sentuhan mereka.