Konsep merupakan satu perkara asas penting bagi mencorakkan ruangan dekorasi kediaman anda, konsep perlu wujud bagi megelakkan kecelaruan dalam dekorasi serta susun atur dalam kediaman anda. Jika sebelum ini kita tidak pernah di dedahkan kepada kepelbagaian dalam seni hiasan dalaman namun kewujudan konsep ini amatlah perlu. Pemilihan konsep yang tepat membantu anda mewujudkan suasana yang aman dan ceria dalam kediaman anda.
Terdapat pelbagai konsep yang telah diilhamkan oleh pereka-pereka hiasan dalaman antaranya ialah konsep inggeris, kontemporari, retro, moden, klasik, mewah, bali serta konsep yang telah evolusikan menjadi gabungan seperti moden-retro dan macam-macam lagi. Konsep biasanya berbeza mengikut negara, tempat, budaya dan adat serta agama.
Kreativiti juga penting bagi mencetuskan konsep, ianya dapat menciptakan kelainan serta variasi untuk diadaptasikan. Gabungan idea dan kreativiti anda perlu diimaginasikan terlebih dahulu bagi mendapatkan citarasa yang bertepatan dengan kehendak anda.
IDEA KONSEP

Konsep Inggeris

Konsep Moden

Konsep Bali
Konsep Retro
0 comments:
Post a Comment