
Kedatangan tahun 2009 diharapkan dapat memberikan lebih keceriaan, kemewahan dan kejayaan, setelah pelbagai peristiwa dunia sepanjang tahun 2008 yang kelam telah dilalui. Konsep warna juga turut memainkan peranan dalam menceritakan emosi,serta menginspirasikan persekitaran. Warna-warna cerah dan eksotik dijangka akan mendominasi trend warna 2009. Ini adalan kerana warna-warna cerah dapat menyuntik rasa keceriaan serta menimbulkan perasaan positif dalam pembentukan emosi.
Warna-warna seperti kuning cerah, hijau cerah, oren, serta ungu dijangkakan akan menjadi pilihan bagi tahun 2009. Menurut pakar kajian antarabangsa dari ICI paints, mereka menjangkakan tema ceria yang lebih kepada sentuhan semulajadi serta digabungkan dengan sentuhan moden dan artistik akan mewarnai kediaman untuk tahun 2009.
Tema EBB& FLOW dari ICI PAINTS
Tema ARTFORM dari ICI PAINTS
Tema GROWRESPECT dari ICI PAINTS
Tema HIDDEN BEAUTY dari ICI PAINTS
Tema EXPLORER dari ICI PAINTSJika dilihat pada sentuhan dari ICI Paints mereka lebih gemar memasukkan elemen emosi serta sentuhan semulajadi dalam hasil tema mereka. Warna kuning menjadi selitan bagi membangkitkan emosi dalam tema, inspirasi pembiasan cahaya dan air juga diadaptasikan dalam tema. Mereka juga memasukkan elemen retro, moden dan artistik bagi merangsangkan lagi kombinasi warna dalam sentuhan mereka.
2 comments:
hehe malu le letak name
huhu..
Post a Comment